Wednesday, 8 August 2012

Evolusi Piramid



Mastabah



Pada zaman pra-sejarah di Mesir ( zaman Mesir purba ), apabila seseorang itu mati maka akan dikebumikan dalam lubang di padang pasir. Orang ramai dengan mudah menggali lubang di tengah-tengah padang pasir dan meletakkan mayat di dalam lubang itu lalu ditimbus. Cuaca di Mesir yang panas dan kering, adalah keadaan semula jadi yang paling sempurna bagi proses pengawetan mayat. Mayat yang ditanam dalam lubang pasir yang kering dengan kelembapan yang rendah, mayat akan dehidrasi dan awet secara semula jadi. Namun, masalah yang timbul, lambat laun pasir akan ditiup angin sedikit demi sedikit dan akhirnya mendedahkan semula mayat yang dikebumikan itu kepada haiwan liar. Ini adalah satu pengebumian yang tidak dapat bertahan lama. Oleh yang demikian, orang Mesir purba mendapat ilham dengan mengebumikan mayat di dalam lubang pasir, tetapi diletakkan sebuah binaan di atasnya supaya pasir tidak ditiup angin. Binaan ini dinamakan ‘mastabah’. Ia adalah susunan batu berbentuk empat segi jika dilihat dari atas dan dibina di atas kubur seseorang. Namun lama kelamaan binaan kubur semakin canggih. Mereka mengali lubang kubur lebih dalam pasir sehingga ke lapisan batu dan kemudian membina bilik-bilik bagi mayat di bawah lapisan batu itu. Kemudiannya, mayat diletakkan di dalam bilik-bilik itu dan akhirnya membina mastabah di atas kubur ini.

Raja Zoser

 

Pada zaman pemerintahan Raja Zoser, seorang arkitek bernama Imhotep mempunyai satu idea pembaharuan menggantikan mastaba.

Imhotep


Imhotep mula meletakkan satu lapisan mastabah yang lebih kecil di atas satu lapisan mastabah dan berterusan sehinggan menjadi enam lapisan. Maka, terbinalah piramid pertama di dunia, dan dikenali sebagai ‘Piramid Tangga’ kerana lapisan susunan mastabah ini berbentuk tangga sampai ke puncak binaan.

Piramid Tangga



Raja Sneferu


Raja Sneferu adalah penyumbang hebat kepada tamadun binaan piramid. Beliau mahukan piramid yang sempurna dan rata di bahagian tepi. Dan piramid ini dinamakan ‘Piramid Meydum’.

Piramid Meydum


Namun pembinaan ‘Piramid Meydum‘ gagal kerana rupanya langsung tidak seperti piramid dan kelihatan seperti sebuah bangunan hampir menegak dan tepinya yang terlalu curam.

Selepas gagal dalam pembinaan pertamanya, Raja Sneferu bercadang membina sebuah lagi piramid. Dan piramid ini dinamakan ‘Piramid Bengkok’. Ia dinamakan bengkok kerana tepi binaan itu dibina dengan kecuraman yang dikehendaki menaik ke atas. Ketika membina piramid ini separuh ketinggian, dindingnya mula retak dan tidak stabil. Bagi mengurangkan beban berat kerana dikhuatiri retakan semakin teruk, maka susunan batu seterusnya dimasukkan ke dalam sedikit dan ini menyebabkan kelihatan membengkok ke dalam.

Piramid Bengkok


Raja Sneferu mencari jawapan kenapa piramid ini retak ketika separuh binaan. Akhirnya, beliau menemui jawapan. Piramid tidak boleh dibina di atas pasir kerana susunan batu-batuan akan bergerak menjadikkan ia tidak stabil. Piramid perlu dibina diatas lapisan batu, iaitu dengan diketepikan pasir sehingga sampai ke lapisan batu, kemudian ratakan permukaan batu itu dan barulah dibina piramid di atasnya.
Dan kali ini, Raja sneferu membina piramid yang ketiga dengan penuh ketelitian dan menemui kejayaan. Piramid ini dinamakan ‘Piramid Merah’ kerana apabila terkena sinaran matahari, ia kelihatan kemerahan. Maka, ini adalah binaan piramid sempurna yang pertama, dan menjadi tempat persemadian Raja Sneferu.

Piramid Merah


Raja Khufu


Selepas berakhirnaya zaman pemerintahan Raja Sneferu, anakanda beliau yang bernama Raja Khufu menyambung legasi hebatnya. Raja Khufu telah membina ‘Piramid Giza yang Agung’. Piramid Giza kepunyaan Raja Khufu adalah binaan piramid yang paling besar.

Piramid Giza 


Raja Khafre


Raja Khafre merupakan anak kepada Raja Khufu. Raja Khafre juga membina piramid tapi membuat kelainan dengan membina ‘Sphinx’. Sphinx adalah sebuah tugu berbentuk kepala manusia dan berbadan singa. Kepala manusia melambangkan kebijaksanaan akal fikiran, manakala berbadan singa melambangkan kekuatan fizikal.


Sphinx

   
Raja Tuthmosis I


Raja Tuthmosis I adalah pemerintah ketiga dari Dinasti ke-18. Beliau mahukan pembinaan piramid sebagai makam diraja dihentikan serta merta. Ini kerana, piramid-piramid yang dibina pada zaman terdahulu sudah dicerobohi, digeledah dan dirompak segala harta-harta yang bernilai sangat tinggi. Maka, beliau membuat keputusan bahawa makam khas golongan Raja-Raja Mesir seterusnya disebuah lembah yang kering kontang sehingga hampir tiada tumbuhan langsung. Kawasan ini adalah pedalaman, terasing dan terpencil. Tempat ini dikenali sebagai ‘Lembah Raja-Raja’ ( The Valley of the kings ). Makam setiap raja dibina dengan menebuk ke dalam gunung. Bagi menambahkan lagi tahap kawalan, kedudukan kawasan ini hanya mempunyai satu ruang untuk keluar ataupun masuk, dan disinlah ditempatkan para pengawal.


Lembah Raja-Raja



Maka, berakhirlah era pembinaan piramid sebagai tempat pengebumian Raja-Raja Mesir.
























No comments:

Post a Comment