Friday, 10 August 2012

Dodo : Haiwan yang telah pupus





Dodo adalah haiwan besar seperti itik, paruh yang besar dan tajam, bulu lembut dan berombak, dan tidak boleh terbang. Pergerakan haiwan ini adalah perlahan dan mudah ditangkap. Ia hidup dengan memakan tumbuh-tumbuhan yang ada di sekitar gunung berapi di pulau Mauritius. Apabila pulau ini menjadi tempat persinggahan kapal yang belayar, dodo ditangkap untuk dijadikan bekalan makanan. Manakala anak-anak dodo pula menjadi mangsa kepada tikus, anjing, kucing, monyet dan babi. Semua binatang itu dibawa oleh penjajah untuk kepentingan sendiri. Setelah dodo pupus, satu perdebatan dilakukan untuk membuktikan kewujudan haiwan ini. Dengan penemuan tulang-tulang haiwan ini kepada saintis, membuktikan kukuh bahawa dodo pernah wujud di muka bumi. Namun, pada masa kini dodo hanya bole dilihat pada lukisan dan cerita...






No comments:

Post a Comment